Wednesday, January 24, 2018

Not A Good Start For The Good Year

Harluu!!

Happy New Year 2018!!! 
.
.
.
.
Tak Terlambat ke? hehehe..harapnya aku tak la lambat sangat nak post entry kali ni... ever since dah tukar ke blog baru..so, minat nak menulis tu kurang sikit..almaklumlah..kadang-kadang idea tu ade je..just sometimes penyakit yang bernama M-A-L-A-S tu banyak...

Sekarang ni terasa pulak nak menulis memblogging lagi.. errrmmm.... 
>
>
>
>
Tahun ni aku tak driving lagi dahhh...erkksss..nak bagitahu ke? 
>
Actually, aku ni pemandu haram, korang paham-paham sendiri lah... one day, aku ter"cium" montot kereta sorang amoi ni... salah dia sebenarnya...dia nak U-turn balik round about..tapi dia pakai lorong paling kiri. sepatutnya dia pakai la lorong kanan or tengah...aku ni yang nak masuk simpang Jam 9, memang betul la kan? Masa nak keluar dari roundabout tu...dia stop selepas garis berhenti tu..aku yang kat belakang 'cium' la montot kete Swift tu. ko rasa kete dia teruk tak...? TAAAKKKK!! kete aku yang teruk.. sbb aku 'cium' dengan penuh gentle..kalah tau lelaki gentle..montot kete dia cuma crack selebar 2 inci (macam orang senyum nampak gigi sikit) then plate number dia pecah kat tepi.. kete aku?? Bumper patah clip, lampu crack 5 inci, grill pecah, skirt patah.. soo..ni kan Malaysia, undang-undang kate, sapa langgar dia salah...nak nak lagi illegal driver macam aku. dah takut sangat.. aku pulak yang mintak sorry keluar dari kete..anak aku nangis dalam kete aku buat bodoh je...huhu..
Disebabkan amoi ni dia baik sangat...dia rondeng tepi... so kita settle tepi..dia tak tau pulak aku ni illegal...aku cuak sangat aku kol abang aku..abang aku awal-awal warning suruh tutup mulut. So, settle dalam masa setengah jam...husband pun datang ambik anak kat office hantar pegi rumah mertua. tangan gegar... Petang tu, aku drive balik dan sumpah tak nak drive lagi...selagi tak dapat permit memandu tu... apa-apa pun tetap aku yang salah..aku illegal driver B)
>
Mak aku cakap aku tak berhati-hati...aku dah berhati-hati..tapi kalau manusia lain jenis yang bangang..jenis yang ada lesen macam tak ada lesen, nampak sangat dapat lesen terbang je ..memandu lupa semua yang instructor ajar..memandu macam haram...signal light tak nak bagi...hah! ni la akibat... yang illegal punya la memandu hati-hati.. sebab dia tau dia illegal... So, dia elak dari masalah dia drive elok-elok... tapi kebanyakkan manusia ni.. dia riakk dia ingat dia dah ada lesen tu , dia boleh pandu suka hati,.. orang langgar orang tu bayar...walaupun dia salah.. 

>
>
>
Dengan ini...pengajaran nya adalah...jangan la memandu macam haram... kalau jumpa pemandu yang bangang macam tu...hoooonnnn sekuat hati... nanti dia tekerjut... pastu dia langgar orang lain...biar dia rasa dia bayar dan bertanggungjawab lepas langgar orang.